'The Used|Box Full of Sharp Objects'

Friday, April 22, 2005
forth day
after jumaat prayer and lunch, kitorang b'tolak dr rumah ke Philip Island selama 1 jam setengah tgk penguin naik ke darat... very excited. 1st time tgk penguin. cute little guy with tuxedo. sebelum sampai ke destinasi, b'henti sekejap di pekan ..?... untuk melihat laut. angah sempat singgah kedai yg ader sales 80%... dasat! tapi akhirnya x beli dan kami teruskan p'jlnan.

dlm pukul 5 ptg ami bawak kitorang ...?..... untuk melihat seal b'santai di atas pulau. kitorang tgk binokular yg disediakan... masukkan 2 dolar and then... masyaallah!! byk giler seal... boleh dikatakan pulau tu ditutupi dgn seal sahaja... ami rahim pun t'kejut jugak sbb ini 1st time dia nampak seal b'santai padahal dia dah dtg situ 4 kali. pastu tanpa disangka2 ada 2 ekor penguin t'sesat kat situ... (aku sempat ambil gambar! kiutnyer!) menyorok kat bawah jeti tempat kitorang b'diri.

pukul 6 ptg akhirnya sampai ke destinasi, waktu tu dah gelap. ami kata penguin akan keluar dr laut ketika mulanya waktu maghrib, seolah2 penguin cuba memberitahu masuknya waktu. bila dengar penjelasan tu, hati aku mmg kagum. satu perkara yg mmg aku x pernah dengar sekalipun... discovery channel pun x tau agaknya. dlm 615 ptg b'jln ngan atuk ke tempat duduk yg disediakan utk melihat peguin naik ke darat. pengalaman paling menyeronokkan yg x dapat digambarkan bila kitorang nampak satu kumpulan penguin keluar dan menunggu kawan2 yg lain sehingga bentuk satu kumpulan yg besar (lebih kurang 10 - 15 ekor satu kumpulan), kemudian b'jalan ke darat beramai2. semangat setiakawan & bekerjasama yg sgt m'harukan. heheheh... lebih dr 10 kumpulan kitorang dpt tgk. sayang x dapat ambik gambar sbb takut mencederakan mata & boleh mengakibatkan kematian (hopefully penguin yg aku ambik foto tadi x mati -_-;). lepas tu kitorang masuk satu laluan yg agak t'sorok kat sebelah kanan dari arah pintu masuk. sebelum kitorang b'tolak dr rumah lagi ende n ami dah pesan pergi kat laluan tu sbb boleh lihat penguin dgn jarak lagi dekat... so what can i say... mmg dekat giler!! elok plak diorang semua berhenti betul2 kat depan kitorang... kalo hulur tangan rasanya dah dapat capai dah... lucky!! zetty dah bising xnak balik... nak bawak sekor balik m'sia lah... hhehehe

letih & puas dgn pengalaman yg kiut tadi... kitorang dinner kat rumah kawan ami dlm pukul 9 mlm. makan nasi beriani ngan roti cicah kuah daging i don't what is it tapi sedap giler. rasa macam kuah pudina. kat situ barulah terasa cam kat m'sia sbb byk org melayu... atuk pun nampak gembira sbb boleh b'borak panjang. kalo tidak nampak bosan jer sbb x tau nak buat apa. lepk kat situ sampai pukul 11 mlm... ami cepatlah! ngantuk giler... sempat lak aku b'borak ngan makcik2 kat situ pasal citer hantu.

mlm ni aku nak mimpi penguin!!!
posted by anilzeron @ 12:54 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: anilzeron
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Shoutbox


ShoutMix chat widget

Links
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER