'The Used|Box Full of Sharp Objects'

Thursday, August 11, 2005
luahan hati minggu ini
pandangan semakin kabur
airmata tidak dapat ditahan
bukan sedih
bukan marah
tapi kenapa... aku menangis

nafas semakin sesak
hati bagai diramas
bukan sakit
bukan ditinggalkan
tapi kenapa... aku bagaikan tidak dapat bernafas

ku lihat kiri kanan
bagaikan melangkah ke dimensi lain
melangkah terus ke depan tanpa henti
airmata terus mengalir
nafas semakin berat
panik! aku berlari... menjerit
aku tidak dapat melihat
walaupun terasa luas
tapi kenapa... terkurung gelap meringkuk di satu sudut

aku benci...
aku benci...
aku benci JEREBU!! uhuk!! uhuk!!


hehe... mengingatkan zaman matrikulasi dulu... aku antara yg terpilih utk baca sajak kat kelas. nak kata terrer b'sajak tu x jugak... ramai lagi yg pandai tp mungkin luahan yg nak disampaikan waktu tu ikhlas dr hati aku. anje dan angah(irma) antara yg terpilih... angah buat tajuk "jerawat" memandangkan itu merupakan masalah dia ketika tu... anje mengenai peperangan di iraq... dasat!! dasat!! tapi mmg sedap dia buat... berbanding ngan aku.. buat pasal nak balik cuti... muehehe!! aku dah lupa dah apa aku tulis tp aku ingat lecture aku cakap "... i suka sbb ekspresi yg disampaikan tu hidup... walaupun kelakar tapi original... " uihh... ader bakat gak aku nih. tp mmg lawak pun... org lain ayat bunga2 abis... aku... yg aku ingat aku buat "masa bagaikan siput melangkah"... pastu x silap aku ader jugak aku masukkan semut. ntah laa... heheh!!
posted by anilzeron @ 2:04 PM   1 comments
Tuesday, August 09, 2005
org lain @ diri sendiri?
korang pernah mengumpat somebody sbb korang x suka sgt dia ni sbb perangai dia ker... or whatsoever... contohnya

- x suka sbb dia hipokrit
- sbb dia berlagak/mengada2
- gelakkan org tu sbb x lawak
- kutuk sbb dia tu hodoh

padahal kita pun sama jer macam diorang... cuba fikir betul2

- korang pun hipokrit jugak
- macam la korang x pernah menunjuk2/mengada2
- lawak korang pun bukkannya kelakar sangat
- cantik sangat ker korang ni?

bila aku dlm situasi macam ni membuatkan aku terfikir... "saper yg kita kutuk sebenarnya? mengutuk keburukan org lain @ sebenarnya kita sendiri?" sebenarnya bukan org kita ngumpat tu kita benci tapi apa yg dia tunjukkan mengingatkan siapakah kita yg sebenarnya tapi kita x nak mengakuinya. seumpama cermin yg terang dan jelas tapi kita xnak tengok... kita tutup lagi dgn kain, kotorkan lagi dgn habuk2. hakikat yg sebenarnya bila kita umpat org tu...

- kita mmg hipokrit bila kita mengatakan kita ni x hipokrit
- bila tgk org berlagak/mengada2 kita rasa meluat sbb perasaan cemburu, dengki, nak buat perkara yg sama jugak tapi malu/segan.
- gelakkan org x lawak sbb korang xde bahan lawak lain melainkan menggelakkan org lain.
- kutuk org lain hodoh sbb korang nak merasa diri korang cantik tapi... terasa cantik ker?

matlamat nak jadikan DIRI LEBIH BAIK mmg betul... tapi betul ke cara yg digunakan? menjatuhkan org lain... nampak puas hati bila nampak ada org lain lebih susah atau lebih sakit dari kita. aku juga mempunyai pemikiran hodoh macam nih... dan setiap kali tu jugak membuat aku terfikir sebenarnya apa yg aku nampak cuma diri aku sendiri yg aku benci tp aku lepaskan pada org lain.
posted by anilzeron @ 1:24 PM   0 comments
About Me

Name: anilzeron
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Shoutbox


ShoutMix chat widget

Links
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER