'The Used|Box Full of Sharp Objects'

Friday, April 29, 2005
eleventh day
yaaayyy.... hari ni ende belanja nasi arab (ala2 beriani gum) nasi + meat rib kat umah. sebenarnya dah lama aku nak resipi nih... bahan dia nampak xde la susah sangat... tp sebelum ni aku makan yg campur dgn ayam... sedap gak tuh!!! banyak kali gak aku tambah makan... x kira diet dah!!

ptg tuh kitorang bersiap ke monarch uni. (bukan uni nu) utk menyaksikan nu & raiyan bertandingan kuiz islam (MUIZ). 4.40 ptg b'tolak dr rumah, sampai selepas 40 mnt perjalanan.

after solat maghrib, kitorang dikumpulkan dlm satu dewan kuliah. kemudia , lelaki n perempuan dibahagikan kepada 2 dewan. 8 uni di seluruh melb b'tanding, nu & raiyan bertanding each other pada pusingan separuh akhir dan akhirnya uni nu menang. before the final result keluar, ami wakil dari companynya (MCCA) buat speech for student sebagai sponsor this xtvt. but, when the result combine with the male student, uni u dapat tempat ke-2 sama dgn raiyan with 1 lagi uni. anyway, congrates for both of u. ^^
posted by anilzeron @ 1:10 AM   0 comments
Thursday, April 28, 2005
tenth day
hari ni keluar dgn ende g Chadstone... shopping complex yg paling besar kat sana. gabungan 4 supermarket besar... k-mart, b-low n 2 lagi. ke sana kitorang t'paksa tukar train dr melbourne central ke platform untuk pergi ke Oakleigh melalui perhentian Pakenhem. sampai di station, kitorang naik bas route 700 ke Chadstone.

kat sana aku beli beg Guess... waaaaa!!! beg paling mahal aku beli... mengeletar bila nak hulur kad citibank aku. bila nak balik tu bas buat hal lak... nak dekat sejam tunggu. dari Chadstone pergi uni melb. utk b'main badminton.. adalah 5 - 10 minit jer main.

pukul 6.15 kitorang menghadiri satu kuliah di uni raiyan isu ISLAM DI IRAQ, INDONESIA & AUSTRALIA. di situ terdapat 3 speaker dr setiap negara yg akan membincangkan isu pandangan indonesia & australia terhadap negara iraq.isu yg menarik tapi yg menyedihkan pendengar yg datang semuanya org kafir... kitorang jer Muslim kat sana. patutnya yg memenuhi dewan tu org agama kita sendiri tapi nampaknya yg lebih berminat nak mengetahui isu islam di iraq bukan org islam. hal ni mmg menyedihkan.
posted by anilzeron @ 12:49 AM   0 comments
Wednesday, April 27, 2005
ninth day
hari ni besday zetty, memula ingatkan nak g ler tgk So7 hari ni tapi nampaknya tinggal harapan saja lah. pagi tu teman ende yah n atuk g broadmeadows sampai kul 2.30 pm. akhirnya b'jaya beli satu stokin indoor ada patung katak ikat hujung kaki... soooo cute!! >_< petang tu plak teman ende jogging (jln jer...) kat area rumah... pergi dan balik nak dekat 2 jam... jauh giler. mengah siut! kitorang lalu belakang kawasan perumahan... agak gelap dan suram, byk la omputih bawa anjing b'jalan. good thing org putih kat situ tau Muslim ni xleh sentuh anjing sangat so derang cuba elakkan anjing tu jauh dari kita. ye la... kita pun nampak pucat jer tgk anjing beso2 ngan bulunya yg panjang tuh.

after solat maghrib, it's party time!!celebrate besday zetty... kitorang berk'ok. lepas tu raiyan, nu n iza buat persembahan yg mmg hebat. party b'surai bila ami rahim n ibrahim balik dari kerja. and then tgk dvd "missing", pukul 10 lebih aku naik atas tgk Mars plak... heheh!!
posted by anilzeron @ 1:34 AM   0 comments
Tuesday, April 26, 2005
eigth day
kali ni kitorang b'jln di city tanpa guide... just da 3 of us!! *devil grin* tempat pertama yg kitorang tuju bila sampai jer di Flinder station, di Federation Square sbb ader satu building information kat situ. masing2 ambil buku map melbourne... senang skit nak tgk trem apa yg sesuai utk sampai kat suatu tempat. lagipun buku tu ader diskaun kalo nak masuk certain places. kat situ, pelbagai info kita leh jumpa, guide utk gay n les pun ader gak. well, it's a open country... tp t'kezut jap.

ddlm 1130 pg, kitorang memulakan first step kitorang, pergi ke park. disbbkan lokasi park nya bersebelahan antara satu sam lain... so kitorang bantai g 3 park. Alexander Park taman pertama yg kitorang singgah. berhenti utk makan breakfast jap. then pergi ke Shrine of Remenbrace di King's Domain, tugu memperingati tentera oz yg terkorban. kebetulan semalam Anzac day, kelihatan byk bunga2 diletakkan di tugu peringatan ni. dari situ, kitorang b'jln 200 m lagi utk sampai ke park yg paling besar di city, Botanical Garden. kat dlm tu kitorang cuba cari Fern Gully (pengaruh kartun Fern Gully) tp t'sesat. bila nak balik semula ke city, kitorang dah lost. konon nya nak ikut short cut, last2 long cut jadinya... kitorang t'paksa merentasi Yarra River disbbkan jln ni xde trem lalu... halfway kitorang rentas King's Domain utk menaiki trem di Kilda st. bila dah sampai ke melbourne centre, sudah pukul 2 lebih.

after solat di parent's room, isi perut sikit dgn muffin & mocca di famous amos sambil merayap kat situ. then, b'jln keluar ke Swanston st. menuju ke Flinder station. on da way ke situ, nampak poster konsert sheila on 7 di restoran nelayan. diorang nak buat konsert esoknya... heheh anje mesti jeles kalo aku g... singgah lunch jap di restoran Minang Nasi Padang (Indon food)... yes nasi... nasi... b'laukan pedal, sayur taugeh ngan ayam masak kicap. tambah lak ngan sambal... sedap x t'kata beb! selesai masalah perut, sambung balik p'jlnan ke station utk pulang.
posted by anilzeron @ 11:22 PM   0 comments
Monday, April 25, 2005
seventh day
it's ANZAC DAY - public holiday bg m'peringati tentera oz menentang turkey. hampir 7000 nyawa t'korban. so... hari ni rilek kat umah memandangkan sumer kedai tutup. after zohor, kitorang b'tolak makan lunch di Tiba's restoran, lebanese food. nyum... nyum... sedap! on the way balik tu sempat lak singgah mc'd tempat izzah kerja utk beli aiskrim. menyorok si izzah kat dlm keter takut kawan2 dia nampak... apahal la minah ni. apa salahnya nampak... takut sangat imejnyer jatuh... muehehehe

dah lepas makan, kene la xcersice skit. ptg tu kitorang main basketball & volleyball kat park area rumah. ceh... cam terrer jer! nu ngan ibrahim je la nampak ok... nampak sgt amatur nya!! hehehe... lawak seh XD
posted by anilzeron @ 5:08 PM   0 comments
Sunday, April 24, 2005
sixth day
pukul 11 pg aku bangun terus bersiap tanpa mandi... cuma gosok gigi jer!! why? sbb ende nak bawak kitorang g mandi laut di angle sea, geelong. kali ni ibrahim akan join kitorang. muka aku serius nampak x mandi... nasib baik la cuaca sejuk xler bau sangat! :P xtvt hari mmg dah lama dlm jadual ende... dia nak jugak bawak kitorang mandi laut walaupun skang ni autumn... sejuk giler mcm mandi kat dlm air batu... terasa dicucuk2 jer... ibrahim sampai bengkok2 badan menahan sejuk... bibir n kuku dah jadi ungu. memula kitorang sampai... aku x nampak sorang pun mandi, surf ramai laaa!! sayang aku xde papan tuh kalo x dah lama aku join...mueheheh cam terrer jer!!

bila aku, angah ngan ibrahim start mandi dan berguling2 melawan ombak... baru la aku nampak ader orang join...mandi sampai x sedar dah pukul 2 rupanya... tukar baju dan lunch fish n chips kat situ. pergi ke pekan geelong utk bergambar dan melihat laut dikawasan situ. atuk xcited bila jumpa kapal2 kat pelabuhan... kat situ mmg ramai org b'picnic. kanak2 sibuk mengelongsor curam bukit dgn kotak sampai t'tanggal seluar... sebelum balik, kitorang ditegur satu keluarga arab yg kenal ngan ami rahim... hulurkan makanan dan ajak picnic bersama2 tp masa x mengizinkan... sampai kat umah dah pukul 6 lebih dah!!

................................
posted by anilzeron @ 10:17 PM   0 comments
Saturday, April 23, 2005
fifth day
pagi2 lagi kitorang dah kene bangun & b'siap. pukul 8 dah b'tolak dr umah ke Sovereign Hill, Balarat... on the way kesana kitorang berhenti breakfast sekejap di pekan eureka. satu pekan bersejarah di sana... dimana terdapat peperangan and undang2 "eureka circle" utk pelombong2 emas yg menetap di situ. kitorang makan kat park dia... kali ni atuk x ikut sbb tempat kitorang nak pergi ni sebuah kawasan dimana dulunya tempat melombong emas, kene b'jalan dari pagi sampai petang sbb xtvt yg disediakan agak pack kerana setiap setengah jam ader xtvt berlainan. so kitorang kene pandai handle masa... takut t'lepas xtvt yg penting sampai x makan la kitorang

kat situ kitorang buat dipping candle, panning gold (alaa... serbuk jer dia letak), dengar sejarah Ballarat, demo buat roda kereta kuda, camne emas jongkong dihasilkan, ader street teather, melawat kedai .........................(isi nanti)

walaupun seronok, tapi kitorang terasa terkilan sbb x dapat ambik gambar ala2 koboi siap dress up lagi ngan pakaian diorang. sedey nyer..... akhirnya kitorang buat poster wanted jer... nak sedapkan ati... aku beli sepasang candle holder... angah beli gula2 handmade... baju seluar kitorang bertiga toksah citer laaa... berpasir... kasut dr putih jd coklat... seluar baju semua berdebu dan berbau kuda... betul2 hidup kat alam koboi. pukul 430 ptg ende jemput kitorang balik... sebelum tu kitorang solat dekat dlm kawasan hutan sbb xde tempat... kelakar giler!! sbb kawasan berbukit jadi agak payah bila nak bangun dari duduk... itu ok lagi... aku siap tergolek bila nak tahayat awal. terpaksa la cari yg rata sikit dan solat semula...

lupa nak beritau, skang ni kat sini bukan masa cuti sekolah so bebudak tu sumer kene sekolah xcept ibrahim, dah hampir sebulan bekerja tapi tetiap hari balik kul 7 lebih... kitorang b'jumpa waktu mlm jer... selama duduk kat sini kitorang b'borak, tgk cd dan buat keje2 buduh!! (xnak beritau!!heheh)
posted by anilzeron @ 11:34 PM   0 comments
Friday, April 22, 2005
forth day
after jumaat prayer and lunch, kitorang b'tolak dr rumah ke Philip Island selama 1 jam setengah tgk penguin naik ke darat... very excited. 1st time tgk penguin. cute little guy with tuxedo. sebelum sampai ke destinasi, b'henti sekejap di pekan ..?... untuk melihat laut. angah sempat singgah kedai yg ader sales 80%... dasat! tapi akhirnya x beli dan kami teruskan p'jlnan.

dlm pukul 5 ptg ami bawak kitorang ...?..... untuk melihat seal b'santai di atas pulau. kitorang tgk binokular yg disediakan... masukkan 2 dolar and then... masyaallah!! byk giler seal... boleh dikatakan pulau tu ditutupi dgn seal sahaja... ami rahim pun t'kejut jugak sbb ini 1st time dia nampak seal b'santai padahal dia dah dtg situ 4 kali. pastu tanpa disangka2 ada 2 ekor penguin t'sesat kat situ... (aku sempat ambil gambar! kiutnyer!) menyorok kat bawah jeti tempat kitorang b'diri.

pukul 6 ptg akhirnya sampai ke destinasi, waktu tu dah gelap. ami kata penguin akan keluar dr laut ketika mulanya waktu maghrib, seolah2 penguin cuba memberitahu masuknya waktu. bila dengar penjelasan tu, hati aku mmg kagum. satu perkara yg mmg aku x pernah dengar sekalipun... discovery channel pun x tau agaknya. dlm 615 ptg b'jln ngan atuk ke tempat duduk yg disediakan utk melihat peguin naik ke darat. pengalaman paling menyeronokkan yg x dapat digambarkan bila kitorang nampak satu kumpulan penguin keluar dan menunggu kawan2 yg lain sehingga bentuk satu kumpulan yg besar (lebih kurang 10 - 15 ekor satu kumpulan), kemudian b'jalan ke darat beramai2. semangat setiakawan & bekerjasama yg sgt m'harukan. heheheh... lebih dr 10 kumpulan kitorang dpt tgk. sayang x dapat ambik gambar sbb takut mencederakan mata & boleh mengakibatkan kematian (hopefully penguin yg aku ambik foto tadi x mati -_-;). lepas tu kitorang masuk satu laluan yg agak t'sorok kat sebelah kanan dari arah pintu masuk. sebelum kitorang b'tolak dr rumah lagi ende n ami dah pesan pergi kat laluan tu sbb boleh lihat penguin dgn jarak lagi dekat... so what can i say... mmg dekat giler!! elok plak diorang semua berhenti betul2 kat depan kitorang... kalo hulur tangan rasanya dah dapat capai dah... lucky!! zetty dah bising xnak balik... nak bawak sekor balik m'sia lah... hhehehe

letih & puas dgn pengalaman yg kiut tadi... kitorang dinner kat rumah kawan ami dlm pukul 9 mlm. makan nasi beriani ngan roti cicah kuah daging i don't what is it tapi sedap giler. rasa macam kuah pudina. kat situ barulah terasa cam kat m'sia sbb byk org melayu... atuk pun nampak gembira sbb boleh b'borak panjang. kalo tidak nampak bosan jer sbb x tau nak buat apa. lepk kat situ sampai pukul 11 mlm... ami cepatlah! ngantuk giler... sempat lak aku b'borak ngan makcik2 kat situ pasal citer hantu.

mlm ni aku nak mimpi penguin!!!
posted by anilzeron @ 12:54 AM   0 comments
Thursday, April 21, 2005
third day
kul 9 pg lagi dah kuar umah, ami hantar kitorang ngan ende ke train station. b'tolak dr pascoe vale ke flinder station. kat situ ende tunjuk jln city secara rambang memandangkan atuk x larat nak b'jln jauh. ende tunjuk kitorang camne nak g garden, area shopping (part best!!), museum, art gallery etc. b'depan ngan flinder station ialah Federation Square, bentuk bgnan yg paling pelik, kelakar n unik.

firstly, kitorang b'jalan sepanjang Yarra river di area Southern, melalui pelbagai cafe, kedai b'jenama (nak masuk pun kene ring bell dulu!!) & Hotel Crown. seberang sg kitorang nampak aquarium melbourne & Imigration Museum. dlm hati aku, tempat ni aku akan pergi jugak. masuk dlm schedule aku...

lebih kurang 1130, kitorang naik trem ke Victoria Harbour utk menikmati aiskrim di Limocream... (atuk blanja...) xde yg nikmat melain nikmat belaka bila mkn aiskrim dikala cuaca sejuk... angah perisa cherry ripper, zetty ferrero roshe (x reji eja lak) aku after 8, choc mint! kat situ terkenal ngan art2 sculpturenya yg unik xpecially lembu tersangkut kat sebatang pokok kering. satu trendmark kat situ, kalo g situ kalo x nampak mmg rugi la. mmg unik sampai aku pun x paham....

naik city circle trem per ke Victoria market dlm kul 1230 t/hr... sblm tu biar aku citer skit apa city circle... ia adalah sebuah trem (free!!!) yg akan membawa kita satu pusingan melalui city selama 40 minit, sesuai utk pelancong2... city melbourne kalo tgk peta bentuknya 4 segi tepat so dia ader 4 jln utama... flinder st., spencer st., .... sekian. sambung balik... kat market ni, mcm2 brg kita boleh jumpa; pakaian, kasut, stokin, hiasan, sourvinior, ikan, buah2 etc. tgk ala kadar pastu kene berlari plak kejar trem ke uni aiyan utk solat... (zohor kul 12 asar kul 330) lepak kat sampai kul 4.

akhir skali ende bwk tgk laut di kaw. city, St. Kilda beach. masa ni tenaga kitorang dah tahap min... letih giler, dpt la naik trem yg lama... mcm2 terbuai dibuatnya. sempat la aku n angah t'tido jap...sampai jer kat sana tunggu ende solat asar kat park... sumer dah baringt'lentang kat situ. nikmatnya!!! sejuk tul rumput2 kat situ... tido kat situ pun aku x kisah... tapi kene check dulu ader x najis2 kat situ.. byk anjing kat situ!! sepjg jln kat situ nampak sorang mamat ni baca buku kat atas pasir... masa tu terik giler... tergelak kejap! aku cakap ngan angah...kalo kat m'sia ni konfirm dah kene kutuk, x penah dibuat org!! b'henti minum kat .....sambil rileks. choc mud kat situ besar giler!!! aku x pernah tgk satu potong kek sebesar tu... mkn 5 org pun x larat.

samapai ke flinder station kul 5 lebih... b'lari ke terminal 5 utk train ke umah... nasib baik sempat. sampai umah ende kul 645 ptg. hari ni xde beli apa2 lagi... just survey brg apa nak beli.
posted by anilzeron @ 10:33 PM   0 comments
Wednesday, April 20, 2005
second day
pagi2 lagi aku dikejutkan ngan ende sbb mama call, blur giler mula2. x biasa ngan suasana lagi.. sejuknyer!! mama tanya camne kitorang memula sampai, cuaca kat sini n status makanan yg kitorang bawak. pagi tu kitorang rileks dulu... penat smalam x ilang lagi. teman atuk tgk 2 citer hindustan... heheh!!

after solat, kul 230 ptg ende ajak g shopping kat broadmeadows. 1st shopping mall yg aku tau... TARGET. lebih kurang cam carefour. zetty histeria bila nampak kedai surf... skang kitorang just window shopping jer. byk lagi tempat nak pegi. lepak kat situ sampai 430 ptg itupun sbb ende dah bagi time limit, kalo x pukul brape balik pun x tau laa... heheh!

mlm tu ami ajak tgk pemandangan mlm kat city sementara nak jemput raiyan kat uni melbourne yg t'letak betul2 kat city. 1st impression kitorang bila sampai uni raiyan kitorang rasa pelik sbb xde pagar... bgnan dia berdiri b'sama bgnan yg lain... pastu ami tunjuk kitorang satu hotel 5 * CROWN HOTEL. setiap mlm b'mula kul 9, kita dpt lihat api akan keluar spt obor yg besar. sayangnya, masa kitorang lalu, api belum menyala lagi.
posted by anilzeron @ 11:57 PM   0 comments
Tuesday, April 19, 2005
first day
ngantuknya aku... baru sampai umah ende yah kat pascoe vale, melbourne. 15 minit ke bandar and airport. bila aku sampai kat sini dah kul 7 lebih... dah gelap cam kul 9. cuaca kat sini skang 15 c. sejuk giler!!! disbbkan skang musim autumn so waktu siang kat sini pendek... kul 6 dah masuk maghrib. waktu kat sini 2 jam lebih awal dr m'sia.

aku b'tolak dari umah 6.30pg tadi sbb nak elak dari jam kl. nasib kitorang agaknya, jln x jam so kitorang sampai 1 jam lebih awal... so g breakfast dulu. aku makan kuewtiau goreng kali terakhir sbelum aku berangkat... (takut kempunan bila kat sana). aku, angah, zetty n atuk jantan yg akan pergi ke sana so kitorang agak xcited n b'debar coz travel w/o parents... hehehe bleh la jadi jahat skit.

7 jam p'jlnan agak meletihkan. aku x tau dah bbrp kali t'lelap. aku mmg jenis tido kalu b'jln, even i hour p'jlnan pun aku bleh tido (tp x sedasat adik aku, uda. belum kuar gate umah dah b'dengkur dah)... sampai kat sana, disbbkan kitorang requested wheelchair utk atuk so proses passport xpress giler, x perlu beratur. b'lagak abis!!! time kastam pun ok gak... sumer makanan selamat, ntah mmg b'nasib baik tul hari nih... kuar jer nampak ami rahim n ende... mlm tu kitorang mkn rendang kerang yg kitorang bawak... mmg worth kitorang bwk berat2!!!

mmmm... nak kene b'kemas. aku pun dah ngantuk giler...
posted by anilzeron @ 10:33 PM   0 comments
Monday, April 18, 2005
mari berkonvo
jumaat lepas aku balik awal sbb nak gi johor... gi konvo angah. zura pun join skali hehehe... first time semua family aku berkumpul utk attend konvo... masa aku konvo tahun 2002 lepas, angah n kaklang x dapat hadir sbb exam... sedey abis!!

lepas konvo angah ni kene b'kemas lak nak g bercuti panjaaaaang.... horayy!! esok nak g melbourne jumpa ende n cousin kat sana... abis duit aku berjalan... but worth it, right?!!! (^^) aku nak update setiap hari apa yg aku buat kat sana... apa aku makan apa aku beli... detail abis ler... mueheheh... kenangan tu penting...
posted by anilzeron @ 11:23 AM   0 comments
Wednesday, April 13, 2005
new blog
nampaknya terpaksa buka diary baru memandangkan blog lama dah x wujud lagi. *sob... sob...* sila tunjuk ajar rakan2 sekalian.... memandangkan aku masih lagi dikategorikan org baru walaupun aku start menulis sejak 2003 lagi tapi aku ni bolehla dikategorikan cam biskut... sekejap ader sekejap *blink* camtu jer!! heheh

banyak cerita yg nak diceritakan sebenarnya sejak blog lama aku dah mula "kong" tapi takut jadi novel 4 jilid pulak sbb terlalu byk nak diluahkan... hehehe...it's good to be back again....
posted by anilzeron @ 12:09 AM   0 comments
About Me

Name: anilzeron
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Shoutbox


ShoutMix chat widget

Links
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER